PENGASAS JMM

 

photo

JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM) diasaskan oleh Dato' Azwanddin Hamzah, peringkat awal bermula dengan nama Jaringan Melayu Muda pada tahun 2008 ketika pengasasnya, Dato' Azwanddin Hamzah inginkan sesuatu yang lebih besar kerana permintaan yang ramai dari seluruh peringkat umur untuk menyertai JMM. Dato' Azwanddin Hamzah telah mengubah kepada satu gerakan yang dinamakan Jaringan Melayu Malaysia, beliau menyedari wujudnya agenda pengaruh asing di negara ini dan kerana itulah JMM diasaskan oleh beliau untuk melahirkan satu kumpulan yang mampu melawan anasir kuasa asing ini dan meletakkannya sebagai salah satu agenda perjuangan di dalam JMM.

Antara perjuangan JMM juga untuk membina jaringanbangsa Melayu bagi memartabatkan bangsa Melayu yang memiliki nilai jujur dan amanah serta menegakkan integriti di kalangan golongan profesional yang menguruskan sumber dan aset negara. JMM juga mempertahankan hak keistimewaan bangsa Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Dato' Azwanddin Hamzah telah menjemput Omar Saleh, Datuk Nik Khairul Annuar,Tengku Awaluddin Sani, Hamdan Mohd Salleh serta Farahana Jamaluddin dalam penubuhan awal, JMM dilahirkan dengan semangat berani menyuarakan pandangan dan lantang atas dasar prinsip jujur dan amanah,setelah diluluskan penubuhannya pada tanggal 10hb November 2010, JMM terus bergerak aktif dan melebarkan sayap jaringan persahabatan NGO-NGO Asia melalui beberapa program ‘People To People’.


 

Lambang JMM

LOGO JMM

Lambang pertubuhan ini berbentuk bulat yang berwarna merah dengan huruf (J) dilabel besar berada ditengah-tengah serta 2 huruf (M) dikanan terletak diatas satu dengan yang lain bermaksud nama ringkas bagi pertubuhan. Manakala dibawahnya selempang berwarna merah mendukung lambang bulat tersebut dengan perkataan nama penuh pertubuhan ini.

  • Perkataan JMM adalah ringkasan daripada Jaringan Melayu Malaysia yang bermaksud “rangkaian perhubungan yang mencakupi keseluruhan bangsa Melayu di Negara Malaysia”.

  • Bentuk bulat adalah bermaksud perisai dan manakala selempang bermaksud kepahlawanan.

  • Warna merah bermaksud yakin.

  • Warna putih bermaksud jujur dan amanah.

Ikrar JMM

KAMI Ahli JMM, umat melayu beragama Islam,

pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki,

khianat dan iri hati,

bertelagah dan berbalah sesama sendiri

 

KAMI Ahli JMM, berjanji akan bersatu padu,

dan patuh menegakkan agama Islam 

KAMI Ahli JMM, juga berjanji akan bekerja kuat,

untuk menyara diri dan keluarga kami 

KAMI Ahli JMM, sedia bersaing sesama umat Melayu,

dan kaum-kaum lain dengan jujur, amanah dan terhormat

 

KAMI Ahli JMM, umat Melayu Islam bersumpah setia untuk

Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu

Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu

Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa melayu, dan

Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.


Hasil Asal : Dikarang oleh Allahyarham Dato Onn Jaafar pada tahun 1946 dan   diubahsuai untuk Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia

Lagu JMM

Semangat Bersatu Bersama,

Negara Harmoni Setiap Masa,

Tanah Airku Yang Tercinta,

Sentiasa Aman Sejahtera,

 

Keringat Membasah Bumiku,

Baktiku Untuk Anak Bangsaku,

Kepada Agama Jiwa Ragaku,

Menjunjung Kasih Daulat Rajaku,

 

Kuat, Usaha Satu Kemenangan,

Betulkan Barisan Eratkan Tangan,

Jujur Amanah Satu Perjuangan.........

 

JMM...JMM....JMM.....


Digubah Oleh : Omar Salleh
Lirik Oleh         : Dato' Azwanddin Hamzah
Muzik Oleh     : Hj Shaharuddin Mohd Yusof,Azrriddin Hamzah,Nazri Khalid,Mohd                                  Hazriqk Ab latif,Farek Kazrin Khalid Hazrimi Omar & Iskandar                                             Mohd Kamal