TABUNG KEBAJIKAN & PENDIDIKAN JMM

LogoTKPJMM

 

TABUNG KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN JARINGAN MELAYU MALAYSIA(TKPJMM) diwujudkan pada bulanOktober 2015. Ia bertujuan untuk mendapatkan sumber dana bagi membantu kebajikan serta untuk menyumbang di dalam bidang pendidikan di seluruh negara. Ia juga bertindak sebagai perantara kepada sekolah di luar negara terutamanya di Nusantara. Selain daripada memberi perhatian khusus untuk infrastuktur pendidikan, TKPJMM ini akan terus memberi bantuan kepada bangsa Melayu dan Islam. Dengan adanya TKPJMM ini, akan dapat meringankan bebanan keluarga pelajar serta memberi semangat dan inspirasi ke arah pendidikan bangsa Melayu. Usaha murni TKPJMM ini akan dapat dijadikan satu platfom untuk anak Melayui yang kurang kemampuan. Tidak secara langsung TKPJMM juga membina asas kemudahan sekolah di negara ini. Misi Utama TKPJMM ini adalah untuk mengenal pasti pelajar serta sekolah yang harus diberi sumbangan kepada kebajikan dan pendidikan mereka. Penyumbang adalah kepada kerajaan, syarikat mahupun individu yang mahu menyumbang untuk bangsa melayu. Visi yang termaktub di dalam TKPJMM ini adalah mengumpul sebanyak mungkin sumber dana bagi menyalurkan kepada pelajar bangsa Melayu serta sekolah untuk mempertingkatkan kehidupan bagi menampung pembelajaran dari segi ekonomi.

Senarai Ahli Jawatankuasa TKPJMM

JAWATAN NAMA E-MAIL NO.TELEFON
KETUA PENGARAH TKPJMM
TIMB. KETUA PENGARAH TKPJMM
SETIAUSAHA
SETIAUSAHA KERJA
BENDAHARI