IMG_0199

Sayap Pertiwi JMM

 

pertiwi 

PERTIWI JMM ditubuhkan pada 10hb Mei 2015 untuk mengenengahkan barisan pemimpin wanita JMM sediada disamping mendidik serta melahirkan kumpulan pemimpin wanita JMM untuk masa akan datang. Kelahiran PERTIWI JMM yang merupakan sayap baru bagi JMM sendiri akan berfungsi sebagai pendokong segala misi dan visi JMM. Penubuhan PERTIWI JMM ini adalah sejajar dengan Dasar Wanita Negara yang digubal pada tahun 1989 dengan mangambil kira isu, peluang cabaran dan persekitaran masa kini dan akan datang. Berteraskan Perlembangaan Persekututan, prinsip Rukun Negara dan Dasar Sosial Negara, dasar ini mendukung cita-cita untuk mencapai ketaksamaan gender dan pembangunan negara yang seimbang dan lestari. Dasar Wanita Negara ini mendukung prinsip tiada diskriminasi berasaskan gender seperti yang termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan, Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvesyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) serta Maltlamat Pembangunan Milenium (MDGs).

MATLAMAT PERTIWI JMM adalah untuk :

  1. Membangunkan potensi dan mendayaupayakan wanita dari pelbagai lapisan umur serta kerjaya, sebagai agen perubahan kepada masyarakat serta penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial;

  2. Memastikan pandangan dan suara wanita diterima pakai dalam proses membuat keputusan di semua peringkat;

  3. Mencapai perkongsian saksama antara wanita dan lelaki dalam memperoleh dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta menikmati manfaat pembangunan;

  4. Meningkatkan ddan mengukuhkan perkongsian adil dan saksama antara wanita dengan lelaki dalam semua aspek kehidupan bagi memantapkan institusi keluarga serta membangunkan komuniti dan masyarakat.

 

Senarai Ahli Jawatankuasa Pertiwi

JAWATAN NAMA E-MAIL NO.TELEFON
KETUA PENGARAH PERTIWI Khalijah Binti Mohamed kay@jmm.com.my 014-616 5144
TIMB. KETUA PENGARAH PERTIWI Norhani Binti Mohamad Nor hanieaz_bee.aldino@yahoo.com 013-911 0903
SETIAUSAHA Siti Norhafiza Binti Djon Jefferson pprpaint27@gmail.com 012-364 7247
SETIAUSAHA KERJA
BENDAHARI Radzuan @ Rosliza Binti Yussof ALI yussofrosliza@gmail.com 011-2808 9167