NGO gesa ambil tindakan terhadap 4 individu

Posted on Posted in Berita Semasa

KUALA LUMPUR 17 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa mngambil tindakan tegas terhadap empat individu yang disyaki bersubahat dengan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat yang menimbulkan provokasi melalui penerbitan rencana berhubung isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi portal berita, Malaysia Today semalam.

photo_2017-06-19_11-45-54
KHALIJAH MOHAMED

Ketua Pertiwi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Khalijah Mohamed berkata, laporan polis itu dibuat terhadap pengasas dan pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown ;Peguam, Matthias Chang ;Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Cynthia Gabriel yang merupakan pengurusan kanan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Menurut beliau, rencana dalam portal melaporkan DoJ telah mengeluarkan kenyataan mengenai pemfailan tuntutan saman sivil kedua bagi mendapatkan kembali AS$540 juta (RM2.3 billion) dalam bentuk aset-aset serta wang tunai AS$700 juta (RM2.6 billion) yang kononnya mempunyai kaitan dengan isu 1MDB.

Jelas beliau, pihaknya percaya keempat-empat individu terbabit sengaja merancang dengan beberapa individu dalam DoJ untuk meracuni pemikiran rakyat dengan cara memfitnah serta menyebarkan berita tidak benar bagi menggulingkan kerajaan.

“Justeru itu, kita menggesa pihak polis dapat melakuakan siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap kesemua mereka yang dianggap pengkhianat negara,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di sini hari ini.

Ng-Lum-Yong-1MDB
NG LUM YONG

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Jaringan Rakyat Malaysia, Ng Lum Yong berkata, tindakan empat individu itu dipercayai satu perancangan rapi untuk mencemarkan imej negara sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Individu-individu ini telah berulang kali cuba menjatuhkan kerajaan sejak 20 tahun lalu degan pelbagai konspirasi dan kontroversi. Ini sedikit sebanyak mengganggu hubungan antarabangsa negara kita sekali gus membahayakan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.