KLFA tidak profesional : JMM FC

Posted on Posted in Berita Semasa, Berita Sukan

klfalogoPUTRAJAYA 17 Dis. – Penolakan permohonan Kelab Bola Sepak Jaringan Melayu Malaysia (JMM FC) untuk beraksi dalam Liga FAM tahun depan dilihat sebagai keputusan tidak profesional Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Penasihat Kehormat JMM FC Datuk Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya sedang menunggu kelulusan  secara bertulis daripda KLFA, namun mereka hanya mengetahui status permohonan ditolak melalui akhbar.

“Pada 18 November lalu, JMM FC sudah memberi surat yang dituju khas kepada Presiden KLFA Datuk Seri Adnan Md Ikshan dengan menyatakan permohonan untuk menyertai Piala FAM 2017 untuk mewakili Kuala Lumpur.

“Malah, kami juga bersedia mengikut syarat, bayaran dan yuran ditetapkan untuk kelayakan ke Liga FAM,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, JMM FC kesal dengan tindakan KLFA kerana tidak ada sebarang surat rasmi dikeluarkan bagi memaklumkan mengenai perkara berkenaan sedangkan semua syarat dan kriteria sudah dipenuhi JMM FC.

“Tindakan mereka seperti memilih bulu dan hanya pasukan tertentu yang rapat dengan KLFA diberi perhatian walaupun JMM FC adalah juara Liga Super KLFA 2016.”

“KLFA juga tidak berhubung dengan pihak kami bagi mengadakan perbincangan dan menimbang permohonan mereka ke Liga FAM pada musim akan datang sekali gus menunjukkan mereka bertindak secara tidak adil,” katanya.

Beliau berkata, JMM FC juga mempunyai penyokong dari seluruh negara bagi memberi sokongan kepada pasukannya malah pihaknya turut mempunyai sumber kewangan kukuh.

“Kewangan kami berada pada tahap memberangsangkan melalui penajaan yang sudah diumumkan sebelum ini selain mempunyai padang sendiri sebagai persiapan bagi lokasi tuan rumah Liga FAM musim akan datang.

“KLFA perlu bertindak profesional dalam pentadbiran bagi menjaga kepentingan sukan bola sepak terutama Kuala Lumpur dan tidak hanya melihat kepentingan individu atau kumpulan rapat mereka,” katanya.

260 thoughts on “KLFA tidak profesional : JMM FC

  1. Pretty nice post. I simply stumbled upon your blog and wanted to say that
    I have truly loved browsing your weblog posts.

    After all I’ll be subscribing to your rss feed and I hope you write once more soon!

  2. Wow that was odd. I just wrote an really long comment but after I clicked
    submit my comment didn’t appear. Grrrr… well I’m not writing all that over again. Anyway, just wanted to say wonderful blog!

  3. Unquestionably believe that which you said. Your favorite justification seemed to be on the web the simplest thing to be aware of. I say to you, I definitely get annoyed while people think about worries that they plainly do not know about. You managed to hit the nail upon the top and defined out the whole thing without having side effect , people could take a signal. Will probably be back to get more. Thanks

  4. Wow! This can be one particular of the most helpful blogs We’ve ever arrive across on this subject. Actually Excellent. I’m also a specialist in this topic therefore I can understand your effort.

Leave a Reply