Pertemuan dan perbincangan tentang persiapan terakhir di antara pihak Tabung Haji dan jemaah haji dari Malaysia

Posted on Posted in Berita Semasa

Presiden Jaringan Melayu Malaysia ( JMM ) Dato’ Azwanddin Hamzah yang kini berada di Mekah telah membuat pertemuan dan perbincangan tentang persiapan terakhir di antara pihak Tabung Haji dan jemaah haji dari Malaysia. Ini adalah merupakan pertemuan rasmi pihak urusetia bersama dengan Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Menurutnya kemudahan penginapan di Maktab adalah amat selesa sekali dan kecekapan pihak Tabung Haji menguruskan jemaah Haji harus dipuji dan antara yang terbaik di dunia.

“ Para Jemaah haji diberikan sambutan dengan minuman air zamzam dan manisan, sebelum dibawah ke bilik penginapan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan maktab. Pada tahun ini seramai 30,200 jemaah haji Malaysia akan berada di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah dalam Musim Haji 1438 Hijrah.” katanya.

Di Hotel Abraj Al-Janadriyah ini menempatkan dua maktab penginapan iaitu maktab 74 dan 75 dengan jumlah jemaah sekitar 5,000 orang. Sebelum ini kesemua jemaah haji Malaysia telah diberikan sambutan meriah oleh Petugas Tabung Haji yang terdiri daripada pelbagai perkhidmatan sebaik sahaja mereka turun dari bas selepas pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah.

Menurut Dato’ Azwanddin lagi, para jemaah haji dinasihatkan meminum sebanyak air yang mungkin oleh pihak Tabung Haji kerana suhu cuaca yang panas pada ketika ini.

4 NGO menerima sijil penghargaan berani

Posted on Posted in Berita Semasa

4 pemimpin NGO telah diberikan sijil penghargaan berani diatas komitmen mereka menangani isu mesin judi. Mereka adalah Ariffin bin Abu Bakar, Pertubuhan EPANCO Malaysia, Yusuf Azmi dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mejar (B) Razali Zakaria, Presiden Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara Malaysia (GMPN) dan Aemierulrizaki bin Rambli dari Pertubuhan Ikatan Muafakat Amalam Malaysia (IMAM)