Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia

Kerjasama Majlis Perniagaan Kuala Lumpur-Lanzhou

Posted on 7 CommentsPosted in Berita Antarabangsa, Berita Semasa
PutrajayaSeafood
AZWANDDIN HAMZAH (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Niu Xiang Dong dalam majlis menandatangani Perjanjian Persetujuan Penubuhan Majlis Perniagaan Kuala Lumpur-Lanzhou di Putrajaya,semalam.

PUTRAJAYA 12 April – Majlis Perniagaan Kuala Lumpur-Lanzhou yang digerakkan oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) akan menjadi pemudah cara untuk merancakkan lagi kerjasama industri halal Malaysia dengan China.

Selain meningkatkan eksport produk halal daripada usahawan-usahawan Malaysia ke China, majlis perniagaan itu juga akan berperanan membantu membangunkan hab industri halal di wilayah di China.

Presiden JMM, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, pihakna akan melibatkan sembilan agensi di negara ini termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dalam majlis perniagaan tersebut.

“Pihak Lanzhou memang amat berminat untuk membangunkan industri halal namun masalah yang wujud sebelum ini adalah disebabkan oleh kekangan komunikasi. Jadi kami akan membantu agar industri di Lanzhou dapat membangunkan standard yang menepati pensijilan halal Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas menghadiri pertemuan Datuk Bandar Lanzhou, Niu Xiang Dong dengan Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee di Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.

Kehadiran Datuk Bandar Lanzhou itu juga turut diraikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha.

Dalam majlis yang berasingan, Azwanddin dan Xiang Dong hari ini turut menandatangani perjanjian untuk persetujuan penubuhan Majlis Perniagaan Kuala Lumpur-Lanzhou.

Peluang perkenal produk bumiputera di Lanzhou

Posted on 346 CommentsPosted in Berita Antarabangsa, Berita Semasa
kl-lanzhou
Hamzah Zainudin (tengah) menerima kunjungan hormat Niu Xiang Dong (tiga dari kanan) dan delegasinya serta Azwanddin Hamzah (tiga dari kiri) di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 10 April – Kerjasama Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dengan pihak Datuk Bandar Lanzhou, China, Niu Xiang Dong akan mempertingkatkan pelu­ang untuk produk bumiputera diperkenalkan ke daerah itu.

Ini ditambah pula dengan kesediaan Kementerian Perdagang­an Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menca­dang­­kan nama sektor serta syarikat yang akan ke Lanzhou bagi tujuan berkenaan.

Presiden JMM, Datuk Azwan­ddin Hamzah berkata, kementerian itu melalui menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin turut komited untuk membantu JMM melalui platform Majlis Perniagaan Kuala Lumpur-Lanzhou.

“Pertemuan JMM, Xiang Dong dan kementerian hari ini membincangkan tentang peluang-peluang bagi usahawan Malaysia untuk melebarkan sayap selama lima tahun ke Zon Perdagangan Bebas Daerah Lanzhou.

“Kita juga mengadakan perancangan rapi dan mencadangkan penubuhan satu cawangan Maj­lis Perniagaan Kuala Lumpur-Lanzhou di Malaysia yang boleh memberi manfaat dan informasi jelas serta efisien untuk syarikat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas JMM dan Xiang Dong melakukan kunjungan hormat ke atas Hamzah di pejabatnya di sini hari ini.

Sementara itu, Azwanddin ber­kata, pertemuan tersebut turut merangkumi perbincangan tentang peranan agensi kerajaan untuk memajukan serta mempertingkatkan eksport produk hab halal ke Lanzhou yang sekali gus dapat membangunkan ekonomi negara.

‘‘Sudah pasti kerjasama ini adalah susulan daripada saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini agar mengadakan hubungan yang baik dengan China,

“Ini bukan sahaja melibatkan hubungan kerajaan dengan kerajaan (G2G), malah merangkumi hubungan antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.