Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia

Bukti tohmahan tidak benar

Posted on Posted in Berita Semasa

KUALA LUMPUR 24 Mei – Kejayaan Program Transformasi Negara (NTP) menerusi pembangunan ekonomi yang kukuh membuktikan segala tohmahan yang dilemparkan kepada pi­hak kerajaan adalah retorik semata-mata.

azwanddinJMMmuzik
Azwanddin Hamzah

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Ham­zah berkata, hasil yang diperoleh menerusi NTP di bawah pimpinan Perdana Men­teri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar diberikan pujian.

“Ini jelas membuktikan bahawa segala tohmahan seperti negara akan muflis dan ekonomi meleset adalah tidak benar sama sekali malah pimpinan kerajaan Barisan Nasional sentiasa komited dalam memberikan perubahan kepada negara.

 “Rakyat harus bijak menilai komitmen yang diberikan oleh kerajaan dalam membangunkan negara dan bukan sekadar menerima bulat-bulat perkara yang disampaikan oleh pembangkang,” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Azrul_Akmal_Saharudin
Azrul Akmal Saharudin

Najib memberitahu, langkah tersebut seperti pemansuhan subsidi minyak, pengurangan kebergantungan kepada hasil minyak, rasionalisasi subsidi dan memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah memberi banyak pulangan kepada rakyat dan negara.

Sementara itu, Ketua Wira Muda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Azrul Akmal Saharuddin berkata, perlaksanaan NTP sebelum ini jelas menunjukkan komitmen yang diberikan oleh kerajaan dalam membangunkan negara.

“Bagaimanapun, pembangunan tersebut haruslah selari dengan pembangunan sosio ekonomi rakyat agar tiada lagi pihak atau masyarakat yang tertindas atau ketinggalan.

“Malah, pendekatan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mengambil kira semua pandangan setiap pihak mampu membentuk sebuah negara yang berdaya saing pada masa hadapan,” ujarnya.

Leave a Reply