Azwanddin tegur Malaysiakini

Posted on Posted in Berita Semasa

KUALA LUMPUR 17 Jun – Sikap kurang sensitif pengendali portal propembangkang, Malaysiakini ‘melepaskan” komen-komen berbentuk provokasi tanpa tapisan dalam kalangan netizen berhubung isu saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat tidak sewajarnya berlaku khususnya dalam bulan Ramadhan yang mulia.

photo_2017-06-19_11-52-59
AZWANDDIN HAMZAH

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, ini bukan kali pertama portal tersebut membenarkan kata-kata berbentuk negatif serta provokasi diletakkan dalam ruangan komennya dan beliau mendakwa perbuatan tersebut terancang, semata-mata mahu mewujudkan keadaan huru-hara.

Berikutan itu katanya, JMM dalam masa terdekat akan membuat satu laporan polis serta mengadakan pertemuan bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tindakan tegas diambil terhadap Malaysiakini.

“Tindakan seperti iini memang sengaja dilakukan dan saya pernah dimaklumkan ada sesetengah komen ditulis sendiri oleh pengendali portal. Bagi saya, Malaysiakini membawa agenda jahat iaitu mahu melaga-lagakan rakyat Malaysia.

“Saya berharap portal ini dikenakan tindakan sama seperti dialami oleh Malaysia Insider suatu ketika dahulu supaya memberi pengajaran kepada portal-portal pembangkang lain,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.