Akademi muzik JMM dilancar

Posted on Posted in Berita Semasa
JMMmuzik
Azwanddin Hamzah (empat dari kanan) bersama Omar Salleh (tengah) bergambar selepas merasmikan majlis pelancaran studio Akademik Muzik JMM di Pandan Kapital hari ini.

KUALA LUMPUR 19 Mei- Akademi Muzik Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dilancar dengan gilang-gemilang hari ini sambil diraikan bersama penggiat seni tanah air.

azwanddinJMMmuzik
Azwanddin Hamzah

Presiden JMM, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, akademi muzik itu diwujudkan bagi merapatkan hubungan dengan golongan seni serta melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu tempatan.

“JMM telah banyak bergiat dalam pelbagai bidang seperti politik, sukan, koperasi dan kini sudah tiba masanya kita menyumbang dalam industri seni tempatan yang mana 90 peratus daripadanya dikuasai oleh orang Melayu.

“Ketika ini seramai 10 orang pelajar daripada akademi ini mempunyai potensi untuk menjadi seorang penyanyi yang hebat justeru itu diharapkan lebih ramai penyanyi dapat dilahirkan malah diiktiraf oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa satu hari nanti,” katanya selepas merasmikan studio akademi muzik JMM di sini hari ini.

Yang turut hadir, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz bersama isteri Dayang Nabellah dan bapa mertuanya yang juga merupakan guru akademi, Awang Astillah.

Akademi tersebut merupakan ilham daripada Timbalan Presiden JMM, Omar Salleh merangkap Pengerusi Biro Kebudayaan JMM, selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Transformasi Nasional 2050 (TN50) iaitu memberi ruang yang lebih luas kepada penggiat seni tanah air.

Akademi tersebut juga bakal mengadakan kelas vokal dan alat-alat muzik terbuka kepada rakyat Malaysia bermula minggu hadapan dengan yuran pendaftaran sebanyak RM300 selain yuran bulanan sebanyak RM150 yang mana diskaun sebanyak 30 peratus boleh diperoleh dengan mendaftar sebagai ahli JMM.

Malah pihak yang berminat juga boleh membuat tempahan kepada artis-artis JMM untuk mengadakan persembahan dalam apa jua majlis keramaian dengan kadar yang berpatutan.

8 thoughts on “Akademi muzik JMM dilancar

  1. If you would like to improve your familiarity only keep visiting this website and be updated with the hottest information posted here.

  2. It’s appropriate time to make some plans for the future and it’s time to be happy.
    I’ve read this post and if I could I wish to suggest you few interesting things or
    advice. Perhaps you could write next articles referring to this article.
    I desire to read more things about it!

  3. Whats up are using WordPress for your blog platform?
    I’m new to the blog world but I’m trying to get started and create my
    own. Do you require any html coding knowledge to make your own blog?
    Any help would be greatly appreciated!

  4. Hi there I am so thrilled I found your web site, I really found you by
    error, while I was searching on Digg for something else, Anyhow I am here now and would just like to say many thanks for a remarkable post and a all round entertaining blog (I
    also love the theme/design), I don’t have time to
    read through it all at the minute but I have bookmarked it and also included your RSS feeds, so when I have time I will
    be back to read more, Please do keep up the awesome b.

Leave a Reply